Dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai isteri atau suami pasti ada kesepian dan kelelahan.
Tugas rutin yang dijalankan hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan sehinggalah bertahun-tahun adakalanya menimbulkan kejemuan dan kesepian.
Putaran kehidupan, pasti meletihkan.
Ditambah pula kadangkala oleh sikap pasangan yang tidak memahami jiwa dan perasaan.
Ketika itu segalanya hambar dan tawar.
Jika itu yang sedang terjadi pada diri kita kini, jangan dibiarkan berlarutan.
Bertindaklah untuk mengubah keadaan bermula dengan mengubah jiwa, pemikiran dan perasaan sendiri. Kita tidak mampu mengubah apa yang di luar diri tetapi kita boleh mengubah diri.
Pertama, perlu kuatkan jiwa. Bagaimana? Apalagi kalau bukan dengan solat dan zikir.
Siti Fatimah yang mengadu keletihan dalam menguruskan rumahtangga, mendapat kekuatan dengan berzikir subhanallah, alhamdulillah dan Allah hu Akbar yang diberikan oleh ayahandanya Rasulullah saw.
Pemikiran Siti Fatimah dilapangkan dengan didikan untuk mencintai akhirat melebihi dunia.
Lalu dengan ’tauhidic mindset’ itulah terasa olehnya betapa kecilnya penderitaan dunia berbanding penderitaan akhirat.
Justeru, dia rela menerima kesusahan dunia yang sedikit dan sementara demi mengenangkan nikmat akhirat yang lebih baik dan selama-lamanya.
Emosinya jadi tenteram ketika kesepian, oleh rasa hatinya yang sentiasa merasai ada Allah yang sentiasa memerhatikannya.
Begitulah perasaan orang yang hampir dengan Allah.
Imam Ghazali pernah menuliskan, “ketika kau kesepian jangan kau katakan aku sunyi.
Tetapi katakan pada diri, di sisiku sentiasa ada Pemerhati!”
Dunia ini tidak lepas daripada rasa jemu, sunyi dan lesu.
Nikmat yang diburu, akan rasa jemu apabila sudah dalam genggaman.
Manis, seronok dan indah hanya sementara.
Tidak kira yang nikmat yang bernama anak, suami atau isteri.
Tanpa cinta yang mendalam dan menyala-nyala kepada Allah, segala bentuk cinta yang lain (cinta mahkluk) akan beransur malap dan gelap.
Begitulah fitrah hati.
Cinta Allah itu tapak segala cinta yang lain.
Bila cinta Allah goyah, cinta yang lain akan turut rebah.
Tanpa kembali kepada cinta Allah, kita akan menjadi pemburu cinta yang dungu dan lesu.
Cinta yang di depan mata dipersia, cinta fatamorgana yang tidak nyata diburu bagai nak gila.
Akibat jemu, sepi dan lesu, ada yang mula bertindak membuka lembaran cinta yang baru.
Mereka ketagih untuk merasai semula keharuman dan kehangatan cinta yang pernah dialami masa muda-muda dahulu.
Orang lama ini bermimpi untuk menjadi orang baru yang hidup penuh keceriaan, bertenaga dan bermotivasi dengan menjana cinta yang baru.
Lalu wujudlah apa yang dinamakan ‘teman tapi mesra’.
Suami orang dan isteri orang berhubung dengan mesra.
Ini hakikatnya satu lagi ‘produk’ hubungan mungkar tajaan syaitan untuk menipu manusia. Kononnya, keduanya tetap menjaga perkahwinan masing-masing, tetapi mereka akan bersahabat dengan bertemu, bermesra, berbual dan saling meluah rasa tanpa pengetahuan pasangan mereka.
Teman tapi mesra ini hakikatnya adalah perbuatan yang telah menghampiri zina.
Istilah itu hanya dicipta untuk mengurangkan rasa berdosa kerana bermesra dengan isteri atau suami orang.
Tepuk dada, tanya rasa hati kita yang paling dalam, sukakah kita jika isteri meluahkan rasa hatinya kepada orang lain?
Bagaimana rasa siisteri, apabila diketahuinya ada perempuan lain yang dimesrai dan diambil berat perasaannya oleh suaminya sendiri?
Tentu ada hati yang terluka.
Pasti ada rasa yang tidak rela.
Sedangkan segala rahsia harus dikongsi bersama.
Mengapa dia perlukan ‘teman tapi mesra’?
Apakah kerana aku sudah jadi ‘suami tapi tidak mesra’ atau ‘isteri tanpa cinta?”

No comments:
Post a Comment